Tuesday, December 27, 2011

GAMBAR MASA KECIL ,,, :)


(comey tak saya masa kecil , hehe ..... :-P , perasan lebih)

---> nie jew yang ada pic mase kecil ...

Monday, December 26, 2011

Baca la dulu , insyaallah akan tertulis "kisah aku" :((

Pada hari ini , iaitu 27/12/2011 .. tepat jam pukul 3.45 a.m ... terdetik hati aku untuk menulis dekat blog aku tentang kisah aku sendiri , apabila aku terdengar satu lagu yang boleh mengalir air mata aku iaitu dari blog adik aida, walaupun muzik ia dah menyentuh perasaan aku walaupun sedetik , bila aku dengar lagu tuh , aku teringat semua kisah aku yang aku hidup selama 17tahun pada hari ini . kay aku mula kisah aku , pada tanggal pada 7 Mei 1994 aku telah dilahirkan di atas muka bumi ini , di hospital Tanah Merah .  Ibu bapa aku menamakan aku sebagai MUHAMMAD HAZMAN , aku anak lelaki tunggal dalam keluarga aku . bila aku dilahirkan keluarga aku sangat gembira sebab dapat anak lelaki .kelahiran aku tidak disangka boleh membahagiakan semua orang bila Aku ada terdengar cerita dari Mama aku , masa aku dilahirkan , aku bukan dilahirkan dengar sempurna bukan macam insan lain , kerana ada pertumbuhan di atas belakang badan aku . Dalam umur aku 2hari aku dah dipindahkan ke hospital Kubang Kerian untuk membuat pembedahan , untuk membuang pertumbuhan dekat badan aku . Selepas pembedahan tersebut , Mama aku di khabar tulang sendi kaki aku tercabut . Ya allah aku tahu betapa tabahnya hati seorang ibu untuk menerima keputusan ini , dipendek kan cerita , aku terpaksa buad pembedahan kaki ini sampai sendi kaki aku elok ,...Kerana sakit aku ini . aku ini hanya dibesarkan di hospital selama  13tahun . aku tahu betapa tabah hati seorang keluarga menjaga aku ini selama aku berada di hospital dan berulang alik kadang2 bawak jumpa doktor kerana temujanji .. aku tahu betapa penatnya pengorbanan ayah dan mana untuk menjaga aku ini..Dalam aku hidup ini banyak kisah yang perlu pada bantu dari seseorang ..hingga dari aku nak mandi , makan , keluar .. semua nya perlu aku perlu bantuan dari semua orang . aku tahu hidup aku hanya menyusahkan semua orang . Aku terdetik dan terkenang saat Airmata Mama mengalir , pada itu aku berada di hospital , saat itu doktor meround dekat wad ,bila tiba saat doktor ,menuju ke katil aku , selepas doktor bagitahu semua , Mama aku ada tanya pada doktor bila aku boleh balik ke rumah . doktor ada cakap tengok pada keadaannya , Mama aku merayu agar aku cepat untuk dibawa dibalik kerana dah penat duduk hospital berulang alik selama 13tahun ni ...bila saat aku sangat sedih bila teringat perkara itu ...Bila saat yang pedih apabila saat masuk bilik bedah selama 7kali tak silap aku, YA ALLAH , hanya tuhan yang tahu pada saat itu , sebelum masuk bilik bedah ni , banyak kena buat , kena puasa la  , aduyaii , sedih gila .... sebelum masuk bilik aku nie jenis manja sikit , menangis jew , bila saat hendak melepaskan tangan Mama , Ya allah betapa takut nya dan melihat saat airmata Mama mengalir ....Oleh kerana banyak kali masuk bilik bedah , banyak jahitan yang ada , kalau tengok Kaki aku terutama dekat paha , banyak jahitan , nak cerita kisah jahitan pembedahan nie , memang sakit terutama pada saat hendak memotong benang jahitan ...Ya allah ... sakitnya teramat , hanya jeritan dan airmata jew masa tuh ....kalau nak cerita pasal aku takkan habis ...Oleh itu , aku ini dilahirkan insan yang tak sempurna tak macam insan2 lain , tetapi aku berpegang pada satu , ape yang orang laen boleh buat aku akan cuba buat ... gambar diatas aku nak tunjukkan yang aku bukan macam insan yang lain .Hanya kerusi roda tempat ku kemana  , aku hanya insan yang hanya bergantung pada semua orang ... But the way aku nak ucapkan terima kasih kepada semua orang yang pernah membantu aku tak kira dalam ape jua ...aku doakan korang panjang umur , diberkati allah dan dimurahkan rezeki selalu  and moga happy sokmo...amin... aku sayang korang forever....



(nie especially buat semua keluarga man , man nak ucap terima kasih banyak2 kerana banyak memberi dorongan kepada man untuk meneruskan hidup walau ape pun terjadi , man amat menghargai sangat2)

(PADA AYAH DAN MAMA , MAN SAYANG AYAH DAN MAMA , MAN TAK TAHU BAGAIMANA NAK BALAS JASA AYAH DAN MAMA, HANYA MAN MAMPU UCAP TERIMA KASIH JEW . I LOVE U AYAH AND MAMA FOREVER)


--->Love Ayah
--->Love Mama

AKU HANYA INSAN BIASA YANG HANYA BERSERAH PADA ALLAH S.W.T.....
KBAI ....SANGAT SEDIH , TIME NAK MENULIS NI :( (



---->Don't bE sad :)) hope happy after read this blog
---->i'm simple boy